HEBAT RENDAH 13 Hebat Sentiasa Hebat ....: FUNGSI HOMEROOM ?

Friday, 31 January 2014

FUNGSI HOMEROOM ?




Homeroom di MRSM harus berfungsi seperti di bawah:
1. Sebagai Satu Unit Keluarga
Guru penasihat sebagai pengganti ibubapa perlu merasakan bahawa pelajar jagaannya adalah seperti anak atau keluarganya sendiri dalam memberikan mereka bimbingan dan didikan.
2. Saluran Mengesan dan Menyelesaikan Masalah
Menjadi satu medan dan lebih praktikal dalam mengesan dan menyelesaikan masalah pelajar, tempat untuk mengadu hal dan membincangkan permasalahan mereka.
3. Saluran Pembentukan Sikap
Satu saluran untuk membentuk sikap positif seperti sikap bertanggungjawab, berani mencuba, tidak mudah putus asa, sanggup menerima risiko atau kritik secara rasional, memupuk dan mengukuhkan sikap berdikari, menghasilkan kerja dengan baik, membantu orang lain, bersaing untuk sesuatu yang baik dengan cara yang baik. Ia juga berfungsi untuk mengesan dan menghapuskan sikap negatif di kalangan pelajar.
4. Medan Pembentukan Keperibadian
Membentuk dan memupuk sifat yang mencerminkan keperibadian warga Malaysia yang matang, bersahsiah yang dinamis, bertatasusila, mempunyai kesedaran sivik yang tinggi.
5. Saluran Mengembangkan Minat
Mengesan bakat, minat, perasaan ingin tahu dan menyalurkannya mengikut kemampuan pelajar,
memberikan dorongan dan bimbingan kepada pelajar untuk mengembangkan bakat atau minat
serta meninggikan motivasi pencapaian pelajar dalam bidang yang diceburi oleh mereka.
6. Badan Kebajikan
Menjaga kebajikan ahli dalam aspek kehidupan dan mengukuhkan perpaduan dan persefahaman
di kalangan pelajar, memberikan pengetahuan atau pengalaman mengendalikan mesyuarat,
membuat keputusan, melaksanakan aktiviti atau projek, memperkaya dan mempelbagaikan
aktiviti pembelajaran meliputi kegiatan riadah, sosial dan akademik untuk faedah pelajar.
7. Unit Pentadbiran
Memudahkan urusan pentadbiran berkaitan pelajar dengan memberikan kerjasama kepada pihak
yang berkenaan dalam kerja pengumpulan data dan penyediaan laporan serta melaksanakan
peraturan pentadbiran dan disiplin pelajar.
8. Alat Perpaduan
Menyatukan pemikiran dan tanggapan pelajar yang datang dari berbagai latar belakang sosio
ekonomi, meminimumkan perbezaan sosio ekonomi dan menggalakkan pelajar untuk bekerja
secara kumpulan dengan nilai kerjasama yang tinggi.
9. Agen Pemasyarakatan
Menjadi agen pemasyarakatan untuk membolehkan pelajar memahami cara hidup, adat
kebiasaan dan nilai masyarakat dengan mengembangkan proses pendidikan formal dengan
proses pemasyarakatan pelajar, mendekat dan menghubungkan cara hidup dan pemikiran pelajar
dengan perkembangan dalam masyarakat dan negara.

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 PENGOMEN :):

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen