HEBAT RENDAH 13 Hebat Sentiasa Hebat ....: Peranan Homeroom !

Friday, 31 January 2014

Peranan Homeroom !


Program Homeroom sebagai teras kepada sistem pendidikan MRSM adalah untuk mendidik pelajar

menjadi matang dan menjadi manusia lengkap untuk menghadapi cabaran masa depan.

Oleh yang demikian, adalah diharapkan Homeroom memainkan peranan berikut:
  1. Menjadi teras dan pusat kegiatan seluruh aktiviti pembelajaran dan perkembangan pelajar
    semasa mereka menjadi pelajar MRSM.
  2. Mengujudkan suasana pembelajaran yang lebih hidup dan praktikal berasaskan hubungan
    mesra. Ini boleh memberikan kepuasan belajar kepada individu atau kumpulan.
  3. Melengkapkan diri pelajar-pelajar dengan pelbagai pengetahuan dan pengalaman ke arah
    melahirkan individu yang berfikiran rasional, kritikal, berpandangan jauh, cepat dan tepat
    membuat keputusan mahupun secara individu atau kumpulan.
  4. Membentuk sikap dan sahsiah yang dinamis, berinisiatif, sanggup bekerja keras, berani
    mencuba, tabah, bercita-cita tinggi, bertanggungjawab dan berdikari.
  5. Menyedia dan melengkapkan diri pelajar-pelajar dengan nilai-nilai masyarakat dan negara.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 PENGOMEN :):

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen